Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Jangan Biarkan Sikap Berpuak Puak Dalam PBB


KUCHING – Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengelakkan sebarang elemen berpuak daripada wujud dan menggugat kestabilan parti, kata presidennya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini, hari ini.

Katanya perpaduan kukuh dalam parti ini perlu diteruskan sampai bila-bila biarpun beliau tidak lagi memimpinnya suatu ketika nanti.

“Dalam soal menjaga parti, pantang kita biarkan PBB mempunyai ‘cliques’ (berpuak-puak). Jangan sekali-kali biarkan ini berlaku dalam PBB,” katanya dalam nada yang tegas semasa berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang anggota parti yang menghadiri sambutan 50 tahun PBB di sini.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata perpaduan di kalangan pelbagai kaum Bumiputera di bawah parti itu merupakan sesuatu yang istimewa dan perlu sentiasa dijaga bagi memastikan matlamat perjuangan PBB untuk membela nasib mereka tercapai.

“Perpaduan yang istimewa ini perlu kita jaga supaya parti kita akan terus berjaya,” kata Abdul Taib yang telah memimpin PBB sejak 1981.

“Jika kita tidak mencapai matlamat (perjuangan parti), tidak kira berapa banyak bangunan tinggi yang kita bina di pekan dan bandaraya, saya boleh kata yang kita telah gagal,” katanya. – BERNAMA
Selengkapnya

Rabu, 25 Desember 2013

Terkejut Anak Perempuan Tergantung Dalam Bilik



SEREMBAN – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di rumahnya dekat Taman Rasah Jaya Fasa 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Deshalini ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain sari oleh ibunya yang ketika itu baru pulang dari pasar.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat anak bongsunya mati dalam keadaan tergantung.

“Saya sedih melihat anak pergi dalam keadaan sebegitu rupa. Semasa saya keluar dari rumah pagi tadi untuk ke pasar, saya tidak merasakan apa-apa sesuatu yang pelik akan berlaku.

“Bagaimanapun, apabila saya pulang sahaja ke rumah daripada pasar, saya mencari anak saya dan terkejut dia sudah tiada,” katanya.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, anak bongsunya itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah dan seorang anak yang baik serta mendengar kata.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharudin Mustafa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telahpun dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat,” katanya. – Sinar Harian Online
Selengkapnya

Sabtu, 21 Desember 2013

Isu Adegan Ghairah Dalam Jiwa Taiko

Salam semua,


Isu Adegan Ghairah Dalam Jiwa Taiko


Adegan Panas Dan Ghairah Dalam Filem Jiwa Taiko! Gempar dengan beberapa paparan aksi seksi dan panas menerusi filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali. Lebih mengejutkan, adegan filem yang bakal ditayangkan mulai 14 Jun ini telah didakwa tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Melayu. Bront Palarae yang turut dikaitkan dengan aksi mengghairahkan bersama Nadiya Nisaa menerusi filem tersebut mendakwa ianya tidak diperlakukan secara realiti akan tetapi menggunakan teknik Camera Trick. [sumber]





Selengkapnya

Jumat, 22 November 2013

Unik Membuat Tatoo Nama Sendiri Di Dalam Jantung


Jantungku Terukir Namamu, kalimat ini bukan lagi sebuah rayuan gombal basa basi kepada pasangannya yang tidak mungkin menjadi nyata dizaman sekarang ini
Walaupun mengeskpresikan cinta melalui tatto bukanlah hal yang baru di zaman sekarang ini, akan tetapi jika tatto di jantung lain lagi persoalannya bukan? Cukup Unik dan Menarik bukan? Hehe Sebuah Website mewujudkan hal ini menjadi nyata buat anda pengemar tatto yang ingin mengekspresikan cinta dalam bentuk yang lebih ekstrim.
Situs tersebut mengatakan "cara ini tidak lah begitu aman akan tetapi lebih berbahaya lagi jika tidak mengekspresikan cinta sejati anda".Waktu yang di butuhkan untuk mengukir tatto sekitar 3 jam dengan biayanya sekitar $9000 sampai $1200 tergantung tingkat kesulitannya. Setelah selesai anda akan di berikan foto dan rekaman video plus sountrack "Vikunja" mengabadikan momen operasi tersebut.Jangan takut jika anda mengalami perceraian setelah membuat tatto karena akan ada diskon khusus perceraian jika Anda bisa membuktikan pasangan Anda berselingkuh. Dalam beberapa kasus, mereka merekomendasikan Anda untuk menutupi tato lama Anda dengan yang baru.


source
Selengkapnya