Senin, 30 Desember 2013
Jangan Biarkan Sikap Berpuak Puak Dalam PBB

KUCHING – Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengelakkan sebarang elemen berpuak daripada wujud dan menggugat kestabilan parti, kata presidennya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini, hari ini.
Katanya perpaduan kukuh dalam parti ini perlu diteruskan sampai bila-bila biarpun beliau tidak lagi memimpinnya suatu ketika nanti.
“Dalam soal menjaga parti, pantang kita biarkan PBB mempunyai ‘cliques’ (berpuak-puak). Jangan sekali-kali biarkan ini berlaku dalam PBB,” katanya dalam nada yang tegas semasa berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang anggota parti yang menghadiri sambutan 50 tahun PBB di sini.
Ketua Menteri Sarawak itu berkata perpaduan di kalangan pelbagai kaum Bumiputera di bawah parti itu merupakan sesuatu yang istimewa dan perlu sentiasa dijaga bagi memastikan matlamat perjuangan PBB untuk membela nasib mereka tercapai.
“Perpaduan yang istimewa ini perlu kita jaga supaya parti kita akan terus berjaya,” kata Abdul Taib yang telah memimpin PBB sejak 1981.
“Jika kita tidak mencapai matlamat (perjuangan parti), tidak kira berapa banyak bangunan tinggi yang kita bina di pekan dan bandaraya, saya boleh kata yang kita telah gagal,” katanya. – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar