Kamis, 06 Maret 2014
Anak Wira Negara Allahyarham ASP Zulkifli Mamat Selamat Di Lahirkan
Anak Wira Negara, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat Selamat Di Lahirkan | Alhamdulillah, akhirnya balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, puan Nor Aziah Nor, 28 diberitakan telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi semalam (Ahad).

Bayi lelaki yang seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun.

Arwah Zulkifli Mamat terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika itu beliau sedang bertugas mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.

Bagi anda yang beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al Fatihah buat allahyarham dan anggota lain yang telah terkorban semasa operasi membersihkan pengganas Sulu di sana...Al Fatihah.


sumber
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar